Pada 15 Julai yang lepas satu perarakan gilang-gemilang telah diadakan sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. KDYMM Tuanku Sultan & Tuanku Sultanah menaiki bahtera yang diberi nama "Bahtera Emas Lapis Suasa" bermula dari Wisma Darulaman sehinggalah ke Medan Bandar. Puluhan ribu rakyat jelata turut tidak melepaskan peluang untuk melihat acara perarakan yang julung kali diadakan walaupun hujan pada awalnya. Alhamdulillah, setelah ketibaan KDYMM Tuanku Sultan, hujan mulai berhenti. Semua acara dapat dijalankan dengan jayanya. Daulat Tuanku!
Perarakan juga disertai oleh 3 ekor gajah yang dibawa khas dari negeri Kelantan
sebagai simbolik kekuatan Pemerintahan DiRaja
Ketibaan KDYMM Tuanku Sultan & Sultanah yang menaiki
Bahtera Emas Lapis Suasa di Medan Bandar.
2 comments:
Gambar-gambar yang abg razif shoot nampak sungguh dramatik..cayalah abg razif...rasa macam ada pulak masa perayaan Jubli Emas tu..padahal aida kat Perak...huuuu...sedihnya..tp tak pa gamabr2 ni buat aida rasa lebih bertuah sb kalau ada masa hari tu pun bukan senang nak tatap gambar sultan n sultanah macam yg ada dlm pic tu kan =P
Post a Comment