Tuesday, July 29, 2008

My Previous Graphic Design Artwork


Kali ni nak publish design artwork pulak. Tiap-tiap hari menghadap komputer buat design sampai kepala pun dah naik pening. Workload bulan ni memang padat, rasa macam dah tak cukup rehat. Time ni kalau dapat pergi holiday memang best, duduk kat pulau ke, jungle trekking ke, waterfall atau apa-apa jelah, janji boleh rehatkan badan dan minda yang tengah berserabut ni. Memandangkan bulan 7 ngan 8, bulan sambutan Jubli Emas kat Kedah ni, macam-macam acara ada bulan ni, jadi kerja pun melambak la skit. Nak tak nak, kerja kena jalan juga sebab makan gaji. Kalau kerja sendiri lain la, mungkin boleh cari ruang untuk rehat skit. Aktiviti untuk fotografi pun dah tak sempat. Tapi nak buat macam manakan, dah memang tu kerja kita pun.


Berbalik kepada design ni adalah untuk salah satu acara sambutan dalam kalendar Jubli Emas iaitu Pertandingan Golf Jubli Emas Sempena 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Antara item-item yang dibuat adalah Buku Cenderamata, Streamer, Banner, Backdrop, Scorecard dan lain-lain lagi la.

Antara artwork-artworknya
Sebarang cadangan dan pandangan adalah dialu-alukan. Lepas ni ada lagi work untuk Jubli Emas ni iaitu Perasmian Taman Jubli Emas. Ok, next entry gambar-gambar Taman Jubli Emas pulak.

Wednesday, July 23, 2008

Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman


Pada 15 Julai yang lepas satu perarakan gilang-gemilang telah diadakan sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. KDYMM Tuanku Sultan & Tuanku Sultanah menaiki bahtera yang diberi nama "Bahtera Emas Lapis Suasa" bermula dari Wisma Darulaman sehinggalah ke Medan Bandar. Puluhan ribu rakyat jelata turut tidak melepaskan peluang untuk melihat acara perarakan yang julung kali diadakan walaupun hujan pada awalnya. Alhamdulillah, setelah ketibaan KDYMM Tuanku Sultan, hujan mulai berhenti. Semua acara dapat dijalankan dengan jayanya. Daulat Tuanku!




Perarakan juga disertai oleh 3 ekor gajah yang dibawa khas dari negeri Kelantan
sebagai simbolik kekuatan Pemerintahan DiRaja


Ketibaan KDYMM Tuanku Sultan & Sultanah yang menaiki

Bahtera Emas Lapis Suasa di Medan Bandar.
KDYMM Tuanku Sultan berkenan memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat
Keberangkatan pulang KDYMM Tuanku Sultan & SultanahTo see more pictures, click here myflickr

Sunday, July 20, 2008

Selamat Datang! My First Blog Entry

Assallamualaikum dan salam pengenalan buat semua. Setelah beberapa lama mencari masa dan proses mengumpulkan bahan-bahan, akhirnya terhasil juga lama blog yang tidak seberapa ini. Sebuah laman yang berorientasikan fotografi dan rekabentuk grafik. Laman ini diwujudkan agar dapat kita berkongsi idea serta pengalaman disamping dapat memperbaiki kelemahan dan meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang fotografi dan rekabentuk grafik ini. Laman ini juga idedikasikan khas untuk keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong selama ini samada dari dekat ataupun jauh.

Sedikit pengenalan dari penulis, nama diberi Razif Fadzil, dilahirkan dan dibesarkan di Alor Star, Kedah. Memilih kerjaya sebagai pereka grafik dan telah berkecimpung selama hampir 10 tahun di dalam bidang ini. Bermula sebagai hobi dalam bidang fotografi ini, tetapi lama-kelamaan kini semakin meminati bidang ini. Bagi saya, bidang fotografi merupakan satu bidang yang mencabar sebagaimana bidang grafik dimana memerlukan kesungguhan, minat serta kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan sesuatu karya. Selain dari aspek teknikal, kita juga perlu peka dan fokus serta mencari skil dan idea-idea baru untuk memastikan apa yang dilakukan ada kelainan serta menarik.

Kadang kala, kesuntukan masa dalam bidang grafik agak membataskan minat dalam bidang fotografi ini. Walaubagaimanapun jika ada kesempatan, peluang tidak akan dilepaskan begitu saja. Sepenuh komitmen akan diberikan untuk memastikan hasil yang terbaik. Saya juga berhasrat suatu hari nanti dapat menjadikan bidang fofotgrafi sebagai kerjaya sendiri sepenuh masa.

Untuk paparan kali ini, beberapa koleksi gambar di sekitar Alor Star, Kedah. Ada gambar yang telah digunakan dalam rekabentuk buku pelancongan Kedah "More to explore". He.he. baru blajaq menulis.