Kesibukan yang terlampau menyebabkan kelewatan untuk mengupdate blog ni. Semua dateline 1 hari, 2 hari. Taman Jubli Emas ni adalah salah satunya, sebab kena design buku aturcara dan buku Perasmian Taman Jubli Emas dalam masa 2 hari. Time ni lah nak amik gambar, time ni lah juga nak design layout buku, nak edit content lagi, nak proof read la. Nak tak nak 1 hari 1 malam kena stayback kat opis sebab nak siapkan juga buku ni. Nasib baik la sempat juga, tapi kerja memang di bawah tekanan la. Buku nak pakai untuk event di sebelah malam, pagi baru hantar artwork untuk printing, last-last buku yang bagi kat Tuanku Sultan ngan tetamu jemputan semua tak kering lagi printing dia. Kotor juga la tangan Tuanku. Nasib baik Tuanku tak murka. Tapi nak buat macam mana, Taman ni pun baru ja siap. Tak boleh nak prepare amik gambar awal-awal. Gambar ni pun capture masa 1st rehearsal untuk pancutan air berirama. Kira jadi orang yang terawal la dapat amik gambar Taman Jubli Emas ni. Tu pun sebab nak buat buku Taman Jubli Emas.
Sedikit "Introduction" tentang Taman Jubli Emas
Taman Jubli Emas diilhamkan oleh Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Taman Jubli Emas yang merancang untuk membina satu mercu tanda Jubli Emas di Bandaraya Alor Star bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 15 Julai 2008.
Sebuah kolam pancutan air berirama dibina mengelilingi Mercu Tanda Jubli Emas. Memiliki rekabentuk yang tersendiri bagi menggambarkan kemakmuran Negeri Kedah di bawah Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Lambang bulatan dibahagian tengah menggambarkan Negeri Kedah yang makmur. 14 bintang pula menggambarkan pemerintahan oleh 28 orang Sultan. Setiap penjuru bintang mewakili pemerintahan 2 orang Sultan.
Pancutan air berirama pula menggambarkan rakyat Negeri Kedah yang dedikasi, rajin, bersemangat waja memajukan sosio ekonomi Negeri Kedah di sepanjang tempoh 50 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Kolam Pancutan Air Berirama ( Musical Fountain )
For more picture click Myflickr